Tuesday, June 30, 2015

Tonton Saluran TV Antarabangsa Secara Percuma


Tonton TV melalui gadget anda dengan percuma melalui aplikasi TVAPP.SO. Aplikasi ini boleh digunapakai di dalam iPad/iPhone, Android, Windows, malahan juga MAC OS X.

TVAPP.SO membolehkan anda menonton pelbagai pilihan saluran TV daripada China, Hong Kong, Taiwan, Eropah, Amerika, Korea, & Japan. Kebanyakan saluran TVAPP.SO ini telah didatangkan bersama Chinese subtitles. Berikut senarai beberapa saluran daripada Eropah & US.

  • BBC World
  • CNN News
  • CNN US News
  • Star Movie HD
  • FOX Movie HD
  • Syfy HD
  • Universal HD
  • MTV HD
  • Deluxe Music HD
  • FOX Sport 3HD
  • ESPN HD
  • ESPN2 HD
  • Gold Channel HD
  • EuroSport HD
  • NFL HD
  • NBA TV HD
  • FOX Sports HD
  • History Channel HD
  • National Geographic HD
  • Discovery World HD
  • fyi, HD
  • Travel Channel HD
  • BBC Knowledge HD
  • BabyTreeHouse



Untuk Muat Turun aplikasi, sila layari Official Website TVAPP.SO

Thursday, May 7, 2015

Lagu Metallica 'Enter Sandman' Dimainkan Secara Terbalik


YouTube star Rob Scallon dengan rajinnya telah menyiapkan sebuah video cover lagu kumpulan Metallica, 'Enter Sandman'. Tetapi yang uniknya, lagu cover ini telah dirakamkan secara terbalik? Ermm... Tak jauh mana bezanya kalau dimainkan secara asal


Wednesday, May 6, 2015

Superhuman benar-benar wujud?


Daripada rakaman camera CCTV berikut menunjukkan seolah-olah ada satu mahkluk yang mempunyai 'super-power' seakan-akan 'teleportation' atau mungkin juga kepantasan 'tahap melampau' bagi menyelamatkan lelaki yang menaiki tri-cycle daripada dilanggar oleh lori.


Nampak 'real' bukan? Betapa mudahnya netizens dimanipulasi dengan helah teknologi. Video footage ini merupakan salah satu video yang direka bagi mempromosikan watak video game fantasi MMORPG (Massively multiplayer online role-playing games) berjudul Zhu Xian 2 (juga dikenali sebagai Jade Dynasty). Video asal boleh ditonton melalui web http://x.wanmei.com/


Little 'Bruce Lee'


Baru berumur 5-tahun, Ryuji Imai dengan penuh 'confident' & seirama meniru aksi Bruce Lee daripada filem Game of Death menggunakan Nunchaku.



Wednesday, January 14, 2015

Cara Menghasilkan Aplikasi Android Untuk Laman Web/Blog Anda


السلام عليكم
Salam Sejahtera...

Kali ini Bundleaddict ingin kongsikan cara bagaimana untuk membuat aplikasi (Apps) Android bagi website/blog anda. Aplikasi Android ini akan sedikit sebanyak membantu pengunjung anda untuk melayari webpage/blog anda dengan lebih mudah dan pantas. Untuk ini, kita akan berbicara tentang AppsGeyser; laman web yang menyediakan khidmat untuk membuat aplikasi Android secara PERCUMA.

Anda boleh Download & Install contoh Aplikasi Android BundleAddict di SINI

Langkah/cara untuk membuat aplikasi Android webpage/blog anda adalah seperti berikut;

1. Layari URL AppsGeyser (http://www.appsgeyser.com/)
2. Pilih butang 'CREATE NOW'

3. Pilih ikon 'Website'

4. Masukkan URL website/blog anda. Tekan 'Click here to see the preview' bagi melihat contoh bagaimana paparan aplikasi anda nanti

5. Tetapkan nama aplikasi anda

6. Terangkan sedikit ringkasan tentang aplikasi atau webpage/blog tersebut

7. Sekiranya anda ingin menggunakan ICON anda sendiri, sila hasilkan terlebih dahulu mengikut format berikut, Size: 512x512 & *.PNG. Jika anda tidak mempunyai ikon anda sendiri, anda boleh gunakan Defaut icon AppsGeyser

8. Seterusnya, tekan butang 'CREATE APP'

9. Langkah berikut memerlukan anda memasukkan maklumat anda untuk pendaftaran akaun AppsGeyser.

10. Pada pilihan tab Dashboard, anda boleh Download aplikasi yang telah dibuat tadi dan Install ke dalam telefon pintar anda.

Tuesday, January 13, 2015

Watermark Logo/Stamp Pada Foto Menggunakan Android


'Watermark' digunakan sebagai kaedah untuk mengelakkan kecurian hasil karya mahupun sebagai kaedah bagi mengelakkan penyalahgunaan foto anda daripada disalahguna untuk tujuan tertentu. Terdapat pelbagai aplikasi Watermarking percuma yang boleh dimuatturun melalui Google Play Store di antaranya;
Namun demikian, aplikasi di atas hanya terhad kepada penggunaan Watermarking dalam bentuk tulisan dan sekiranya anda ingin menggunakan penampalan Watermark dalam bentuk foto, ianya memerlukan anda membuat pembelian.

Salah satu aplikasi yang membolehkan anda meletakkan Watermark dalam bentuk gambar/logo secara PERCUMA adalah PicsArt Photo Studio.

Sebelum melakukan Watermarking menggunakan PicsArt Photo Studio, sila pastikan;
+ Muat turun aplikasi PicsArt Photo Studio daripada Google Play di SINI
Gambar Logo/Stamp/Signature anda telah dihasilkan terlebih dahulu. (Pastikan background image Logo/Stamp/Signature anda 'transparent' dan save dalam format *.PNG). Contoh Logo;

Kaedah untuk melakukan Watermark Logo adalah seperti berikut;
1. Buka aplikasi PicsArt dalam Android anda

2. Pilih Edit dan seterusnya browse lokasi gambar yang ingin di'Watermark'

3. Jika anda ingin menambahbaik gambar tersebut, sila pilih icon Effect dan lakukan pengubahsuaian mengikut pilihan anda

4. Setelah selesai menambahbaik gambar tersebut, jika anda ingin meletakkan Watermark dalam bentuk tulisan, sila pilih icon Text
5. Jika anda ingin meletakkan Watermark dalam bentuk Logo/Stamp, sila pilih icon Add Photo

6. Browse lokasi Logo/Stamp anda dan seterusnya ubahsuai saiz Logo/Stamp tersebut mengikut kesesuaian.

7. Save gambar tersebut. Contoh gambar yang telah di'Watermarked' menggunakan Logo BundleAddict.