Showing posts with label Android Apps. Show all posts
Showing posts with label Android Apps. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Tonton Saluran TV Antarabangsa Secara Percuma


Tonton TV melalui gadget anda dengan percuma melalui aplikasi TVAPP.SO. Aplikasi ini boleh digunapakai di dalam iPad/iPhone, Android, Windows, malahan juga MAC OS X.

TVAPP.SO membolehkan anda menonton pelbagai pilihan saluran TV daripada China, Hong Kong, Taiwan, Eropah, Amerika, Korea, & Japan. Kebanyakan saluran TVAPP.SO ini telah didatangkan bersama Chinese subtitles. Berikut senarai beberapa saluran daripada Eropah & US.

  • BBC World
  • CNN News
  • CNN US News
  • Star Movie HD
  • FOX Movie HD
  • Syfy HD
  • Universal HD
  • MTV HD
  • Deluxe Music HD
  • FOX Sport 3HD
  • ESPN HD
  • ESPN2 HD
  • Gold Channel HD
  • EuroSport HD
  • NFL HD
  • NBA TV HD
  • FOX Sports HD
  • History Channel HD
  • National Geographic HD
  • Discovery World HD
  • fyi, HD
  • Travel Channel HD
  • BBC Knowledge HD
  • BabyTreeHouse



Untuk Muat Turun aplikasi, sila layari Official Website TVAPP.SO

Wednesday, January 14, 2015

Cara Menghasilkan Aplikasi Android Untuk Laman Web/Blog Anda


السلام عليكم
Salam Sejahtera...

Kali ini Bundleaddict ingin kongsikan cara bagaimana untuk membuat aplikasi (Apps) Android bagi website/blog anda. Aplikasi Android ini akan sedikit sebanyak membantu pengunjung anda untuk melayari webpage/blog anda dengan lebih mudah dan pantas. Untuk ini, kita akan berbicara tentang AppsGeyser; laman web yang menyediakan khidmat untuk membuat aplikasi Android secara PERCUMA.

Anda boleh Download & Install contoh Aplikasi Android BundleAddict di SINI

Langkah/cara untuk membuat aplikasi Android webpage/blog anda adalah seperti berikut;

1. Layari URL AppsGeyser (http://www.appsgeyser.com/)
2. Pilih butang 'CREATE NOW'

3. Pilih ikon 'Website'

4. Masukkan URL website/blog anda. Tekan 'Click here to see the preview' bagi melihat contoh bagaimana paparan aplikasi anda nanti

5. Tetapkan nama aplikasi anda

6. Terangkan sedikit ringkasan tentang aplikasi atau webpage/blog tersebut

7. Sekiranya anda ingin menggunakan ICON anda sendiri, sila hasilkan terlebih dahulu mengikut format berikut, Size: 512x512 & *.PNG. Jika anda tidak mempunyai ikon anda sendiri, anda boleh gunakan Defaut icon AppsGeyser

8. Seterusnya, tekan butang 'CREATE APP'

9. Langkah berikut memerlukan anda memasukkan maklumat anda untuk pendaftaran akaun AppsGeyser.

10. Pada pilihan tab Dashboard, anda boleh Download aplikasi yang telah dibuat tadi dan Install ke dalam telefon pintar anda.