Tuesday, January 13, 2015

Watermark Logo/Stamp Pada Foto Menggunakan Android


'Watermark' digunakan sebagai kaedah untuk mengelakkan kecurian hasil karya mahupun sebagai kaedah bagi mengelakkan penyalahgunaan foto anda daripada disalahguna untuk tujuan tertentu. Terdapat pelbagai aplikasi Watermarking percuma yang boleh dimuatturun melalui Google Play Store di antaranya;
Namun demikian, aplikasi di atas hanya terhad kepada penggunaan Watermarking dalam bentuk tulisan dan sekiranya anda ingin menggunakan penampalan Watermark dalam bentuk foto, ianya memerlukan anda membuat pembelian.

Salah satu aplikasi yang membolehkan anda meletakkan Watermark dalam bentuk gambar/logo secara PERCUMA adalah PicsArt Photo Studio.

Sebelum melakukan Watermarking menggunakan PicsArt Photo Studio, sila pastikan;
+ Muat turun aplikasi PicsArt Photo Studio daripada Google Play di SINI
Gambar Logo/Stamp/Signature anda telah dihasilkan terlebih dahulu. (Pastikan background image Logo/Stamp/Signature anda 'transparent' dan save dalam format *.PNG). Contoh Logo;

Kaedah untuk melakukan Watermark Logo adalah seperti berikut;
1. Buka aplikasi PicsArt dalam Android anda

2. Pilih Edit dan seterusnya browse lokasi gambar yang ingin di'Watermark'

3. Jika anda ingin menambahbaik gambar tersebut, sila pilih icon Effect dan lakukan pengubahsuaian mengikut pilihan anda

4. Setelah selesai menambahbaik gambar tersebut, jika anda ingin meletakkan Watermark dalam bentuk tulisan, sila pilih icon Text
5. Jika anda ingin meletakkan Watermark dalam bentuk Logo/Stamp, sila pilih icon Add Photo

6. Browse lokasi Logo/Stamp anda dan seterusnya ubahsuai saiz Logo/Stamp tersebut mengikut kesesuaian.

7. Save gambar tersebut. Contoh gambar yang telah di'Watermarked' menggunakan Logo BundleAddict.