Friday, March 26, 2010

Ku Mulakan Coretan...

السلام عليكم
Salam Sejahtera

...Menulis bukanlah menjadi amalan kebiasaanku walaupun aktif menjalankan peniagaan online melalui Blog Bundleaddict setelah setahun lebih. Namun, atas sebab-sebab tertentu, aku terdorong untuk menulis apa yang terbuku di fikiranku untuk dikongsi bersama...

Pengenalan

...Sebagai awalan, aku lebih senang memperkenalkan diriku sebagai BundleAddict atau singkatan namaku Ash. Sering kali juga kalian mungkin terlihat 'nick' BA atau Addict8. Semuanya menjurus kepada insan kerdil yang sama iaitu 'aku'. Lahirnya blog bundle tersebut adalah untuk menawarkan kepelbagaian pakaian 'bundle' terpilih yang sering kali dipandang serong di mata masyarakat secara amnya. Bagi peminat bundle fanatik seperti aku, ianya bagaikan ada satu keistimewaan tersendiri yang membuatkan aku terjerumus ke kancah pem'bundle'an ini...

...Seawal penglibatan menjual secara online, banyak ilmu yang aku belajar samada tentang dunia bundle dan tidak dilupakan tentang dunia blog. Di sini aku ingin mencoretkan pengamatanku selama ini berhubung dua perkara yang aku maksudkan...

Bundle

...Bisnes bundle secara online bukanlah perkara baru. Sebelum aku, ada ramai 'otai-otai' bundle telah menjalankan perniagaan secara online. Ada di antara mereka sememangnya sedia ada memiliki kedai bundle dan ada juga 'penyelam' & pengumpul seperti aku. Daripada mereka-mereka inilah aku belajar serta berkongsi minat yang sama. Soal persaingan tidak timbul kerana masing-masing mempunyai barang yang berlainan dan keterbukaan inilah yang menjadikan bisnes bundle secara online amat unik; sekurang-kurangnya pada pandangan aku. Terpulanglah kepada pembeli mahukan apa yang berkenan di hati. Walaupun ada kedengaran suara-suara yang mengatakan adanya penjual yang tidak jujur, janganlah kerana perkara ini menghalang kepercayaan kalian untuk membeli barangan kami (penjual bundle online)...

...Soal harga sering kali dipertikaikan. Aku cuba mengupasnya dari sudut yang berbeza. Pernahkan anda terfikir bagaimana barangan ini diperolehi? Kos pembelian, kos pengangkutan, kos penghantaran pos, kos pembungkusan dan lain-lain semuanya diambil kira. Berilah kami sedikit ruang untuk mencari keuntungan walaupun tidak seberapa. Tidak ada orang di dunia ini berniaga tanpa mencari keuntungan...

...Aku amat mementingkan aspek kejujuran dalam perniagaan ini. Kerna itu aku cuba memberikan penerangan sejelas mungkin pada setiap barangan yang aku 'upload'. Jikalau ada kecacatan pada jualanku sebelum ini, aku ingin memohon maaf. Aku insan yang masih belajar yang mungkin terlepas pandang. Aku akan senantiasa cuba memperbaiki kelemahanku...

...Seperkara lagi yang ingin aku utarakan di sini adalah sikap sesetengah 'Joy Buyer'. Kepada mereka-mereka ini, jikalau kalian bercadang untuk membatalkan pembelian selepas persetujuan pembelian diperolehi, bukankah lebih baik kalian tidak membuang masa dan wang telefon kalian (dan juga aku)? Jadilah pembeli yang jujur dan jangan hanya tahu mempertikaikan kejujuran kami...

Dunia Blog

...Blogging merupakan satu fenomena. Ada yang mencoretkan kisah peribadi, mengupas isu politik, menawarkan jaringan muat turun, berniaga dan bermacam-macam lagi. Setiap individu mempunyai idea tersendiri untuk dikongsi di dunia maya ini. Apa yang penting, biarlah ianya bukan untuk bermusuhan dan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak baik. Aku juga percaya, terdapat banyak tips-tips di dunia maya ini yang menceritakan tentang aspek penampilan blog serta bagaimana untuk berblog secara efektif dan tidaklah perlu aku ceritakan di sini...

...Blogwalk pula merupakan sebahagian daripada dunia blog. Ianya boleh membantu kita untuk menjana traffic ke blog kita. Namun apa yang aku amati, penggunaan susun atur perkataan amat penting dan terlalu sensitif bagi sesetengah individu kerana apa yang kita tulis tidak mencerminkan ekspresi sebenar yang cuba kita sampaikan. Kadang kala, perkataan yang kita tulis juga diinterpretasi pada maksud lain yang jauh menyimpang. Oleh yang demikian, jadilah blogwalker yang berhemah dan jangan cepat melatah...

...Pengiklanan! Tentukan kalian sedia maklum. Sambil berblog juga, kita mampu menjana pendapatan melalui pengiklanan. Tapi aku tidak layak untuk mengulas topik ini. Belajarlah daripada mereka-mereka yang lebih dikenali dan popular. Pastinya ramai blogger tempatan arif dan mahir mengenainya...

...Setakat ini yang mampu aku bebelkan untuk coretan kali ini...

BundleAddict

p/s: Coretan ini telah terlebih dahulu dipaparkan pada Blog BundleAddict (Coretan)

Monday, February 1, 2010

BundleAddict | BA

Info:
Founded in feb 2009, BundleAddict or simply BA is focused on selling pre-used/pre-owned clothes. Being a newbie in this business, BA always try to provide the best selection of bundle clothing for your pleasure. [Official Blogshop]